Selamat Datang..Welcome

widgets

Friday, August 10, 2012

Alhamdulillah..Aku tetap bersyukur kepadaMu..

Sungguh lama nmpaknya blog ni terdiam..akhirnya dapat juga akhirnya bersuara..meluahkn terpendam...result semester lepas sudah kluar beberapa minggu y lpas, smemangnya aku menjangkakan akn mendapat keputusan yg truk...Alhamdulillah setelah keluarnya keputusan hati ini sdikit lega...walaupun keputusan tidak memihak kepadaku namun sesungguhnya aku tetap memanjatkn syukur kepada Allah atas pemberian ini..aku akui, walaupun keputusan itu tidak memuaskan tetapi aku tetap bersyukur skurang-kurangnya aku mendapat kptusan yg sederhana yg sebenarnya di luar dugaanku....Sesungguhnya Allah akn menambah rezeki hambaNya pabila dia lebih bersyukur...begitu kn...?InsyaAllah..smoga semester depan aku  lebih berusaha lg untuk memperbaiki ape yg kurang...Ya Allah...aku bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan selama ini.....Amin..

Saturday, June 30, 2012

stresss...berjayakah aku mengawalnya??

hari semakin berlalu, masa berdetik stiap masa tanpa berhenti walaupun sesaat...sejak akhir2 ni hidup sedikit tidak terkawal...stress datang dan pergi setiap masa dan sekerap ketika...assignment dan projek bertimbun timbun menunggu masa untuk disiapkan...dalam waktu yg singkat semuanya mendesak...masyaAllah...tertekan yg teramat...kadang2 diri ini terasa ingin berputus asa terus...namun bila difikirkan wajah ibu bapaku yg mengharapkn kejayaan anaknya membuatkn hati ini cuba bertahan mengharungi dugaan ini....

ada ketika aku suarakn kestressan ini kpd ibuku...dgn tenangnya ibu menyuarakan kata2 semangat agar aku terus berjuang...mendengar kata2 ibu membuatkan hati ini terharu dan bersemangat...insyaAllah ma...Along akn buat yg terbaik...berusaha sblm menyerah...terima kasih mama n papa atas kata2 semangat yg diberikan...setelah masalah diluahkan terutama kepada seseorg yg kita sgt2 sayang dan memahami kita sedikit sebanyak meredakan keresahan hati ini sedikit dan meringankan beban yg kita hadapi...yaa..mereka mngkin tidak boleh menolong kita 100% tetapi kata2 semangat sudah cukup sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha dan tidak berptus asa...


akhir sekali bila diri ini sudah terlalu stress...aku cuba rehatkan diri...tenangkan fikiran dan menikmati udara luar..ada ketika aku pergi ke tasik berhampiran untuk menghirup udara segar skaligus melarikan diri bt seketika dri urusan kerja...ada ketikanya melihat suasana persekitaran di tasik membuatkan hati bibir ini mengukir senyuman kecil...senyuman ketenangan buat seketika...


 dan akhir sekali usahaku yg berterusan hanyalah dgn kembalinya aku kepada Penciptaku...Allah swt...hanya dengan memohon bantuanNya insyaAllah akn dipermudahkn segala urusanku...Aminn..



Monday, May 21, 2012

Bulan Rejab sudah dtg pada kita...^_^

Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,




Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah


Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah


Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal


Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya


Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya


Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya


Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda


Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji


Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.


Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.


sumber: http://mysabil.blogspot.com/2007/07/amalan-sunat-bulan-rejab-syaaban.html


Sunday, May 20, 2012

Sedarlah dri LAMUNAN ini!!!

Alhamdulillah dapat juga akhirnya kemas kini blog yg da berhabuk ni...mcm biasa la...kalu da mengarang ni maknanya adala luahan perasaan dan ketidakpuasan hati ni...sejak akhir2 ni ntah knape hati terasa bdebar, resah dan gelisah...entah kenapa ku rasa aku terlalu leka dgn nikmat dunia sehingga aku tidak ingin bangkit dri kegagalan...masyaAllah...lekanya aku...semester ini merupakan cabaran tinggi bagiku kerana aku rasakan diri ini dalam keadaan tidak stabil....mcm2 bnda buat xjdi...pelajaranku terumbang ambing...cahaya yg dikejar dilihat semakin jauh meninggalkanku...aku akui dulu aku pernah bangkit dri kegagalan...dan kini apabila aku sudah semakin berjaya knape tetiba rsa selesa ini membuatkan aku bongkak dan leka dgn nikmat ini semula...BANGKIT la Hisyam Azhari...keluar dri mimpi ini..perjalananmu masih jauh...jgn leka dgn keselesaan yg hanya sementara ini...atau...SEJARAH SILAM akn berulang kembali!!!KEGAGALAN akan mengejar kamu kembali!!!sedarlah sebelum TERLAMBAT!!!!!!!!


Ya Allah...Kau jauhkanlah sifat ini jauh dari diriku ini...kerana aku tahu perjalanan hidupku masih jauh dari keselesaan yg sementara ini...aku tidak ingin kegagalan menghantuiku kembali...
Bantulah diriku ini Ya Allah....


Thursday, May 3, 2012

Pesanan dari Ayahanda dan Bonda buatku..

cuti seminggu akhirnya berlalu pergi..terasa waktu  berdetik terlalu pantas masa bersama keluarga dirasakan cepat sgt berlalu pergi...namun syukur ke hadrat ilahi kerana dpt juga meluangkn masa bersama keluarga walaupun buat seketika... Alhamdulillah hati ini berasa tenang tika bersma keluarga..apa yg paling aku sukai ialah bagaimana dapatnya kami berjamaah bersama di dalam satu rumah..di situ lah dapat dilihat betapa indahnya sebuah keluarga...Allah menjadikn malam dan siang dgn byk kelebihan..sebagai contoh, waktu malamnya waktu yg di mana sebuah keluarga dpt berkumpul dan berbual mesra...bila lama tidak bersua muka maka byk la nasihat2 yg disampaikn secara langsung dri ibu bapaku ini hehe...namun satu pesanan ini sentiasa terngiang-ngiang di telingaku ini...jgn la terlalu baik sgt org...tiba2 pesanan itu keluar dri mulut ayahku...aku hairan mendengar kata2 itu...ayahku mengatakan bahawa aku ini terlalu baik dan mudah dgn org....betulkah begitu...?aku sntiasa berfikir bhawa kdg2 aku belum ckup baik lg dgn org sekelilingku tapi kata2 ayahku menyatakan sebaliknya...bermain di fikiranku ini...eh, biar betul ni...namun tidak pula aku mengiakan atau menidakkannya...kata ayahku, manusia xkn nampak walaupun sebanyak mana pn kebaikan yang kita berikan namun akan nampak bila kita melakukan kesilapan buat kali pertamanya walaupun secara tidak secara sengaja...bila ternampak sedikit kesilapan ini maka smua kebaikan dulu akan lenyap dan akn dilupai...ermmm...btul ke ni...ish3....moga2 aku tidaklah membuat begitu kepada sesiapa pn...mmg benar kata ayahku itu...mmg ada logiknya...bila kerja kita bagus jrang sekali dipuji namun bila sekali tersilap bertubi-tubi dimarahi dan diherdiknya...namun...benarkah aku ini terlalu baik dan mudah dgn org lain...?wallahualam...


Sunday, April 15, 2012

Bersediakah aku?Mampukah aku?

malam semalam hati ini tertarik untuk melihat rancangan di Asrto OASIS...liga ilmu..perdebatan di antara imam muda dan ustazah pilihan...alhamdulillah tajuknya ckup menarik perhatianku...memimpin kuasa mutlak lelaki?namun di sini bkn huraian mengenai perdebatan itu yg ingin aku kongsikn..

Entah kenapa hati ini tetrtarik apabila mendengar perumpamaan yg disebutkn di dalam liga ilmu itu bahawa lelaki itu umpama nasi lemak mnakala perempuan itu umpama sambal bagi nasi lemak itu...yg mana mksudnya wanita melengkapi kekurangan lelaki...jika kita lihat apa gunanya nasi lemak tanpa sambalnya kn?pasti tidak sedap dimkn nasi ksong shaja...inilah yg dikatakn melengkapi antara satu sma lain...

Kaum lelaki telah ditakdirkan dan dipilih oleh Allah untuk memimpin...tapi timbul persoalan di hati ini...mampukah aku menjadi seorg pemimpin?layakkah aku menjadi pemimpin?pemimpin ini berat amanahnya...jika kita tidak menjadi pemimpin negara,sekurang2nya satu hari nanti kita akn menjadi pemimpin bg sebuah keluarga...bila timbul di hati hendak berkahwin sepatutnya kita fikir di hati ini..sudahkah aku bsedia untuk memimpin?teringat kata2 seorg ustazah pilihan dlm rncangan semalam yg menyatakn bahawa persiapkan diri dahulu sebelum ingin memimpin...di sini dapat aku tafsirkn betapa beratnya tugas memimpin itu kerana andai rosaknya sebuah kepimpinan itu maka rosaklah seluruh org yg dipimpinnya itu....

MasyaAllah...sesungguhnya berat juga tanggungjawab itu...jika seorg suami tidak dapat memimpin isterinya, seorg ayah tidak dapat memimpin anak2nya...maka kita dapat lihat satu hari nnti keluarga itu akn musnah dan rosak sepenuhnya...beratnya tugas kita wahai kaum lelaki...

Dulu diri ini sentiasa berfikir di kala ketika mempunyai seorg teman...terdetik hati ini setiap masa dan ketika bertanya, mampukah aku memimpin si dia...diri ini cuba berubah dan membaiki kesilapan diri...namun atas ketentuan Allah aku ditunjukkan bahawa diri ini belum layak untuk memimpin sesiapa pun...banyak yg perlu aku lakukan lagi..diri ini perlu diperbaiki lagi...kerana jika satu hari nanti tiba masanya buatku memimpin sebuah keluarga insyaAllah aku akn berjaya...di hati ini tersemat kata bahawa jika aku belum mampu memimpin diri sendiri maka aku belum mampu untuk memimpin org len...andai aku berkeras juga maka mungkin aku akn menjadi pemimpin yg gagal dan zalim......insyaAllah..dengan izinMu yaAllah...aku akn membaiki kesilapan diri dan mendekatiMu yaAllah...sebelum aku mencari wanita yg melengkapi diriku ini...

Di benak fikiranku, jika pemikiran ini ada di setiap hati seorg lelaki maka tiadanya timbul isu pencerairan yg sgt ketara pada hari ini...Mampukah aku??

Monday, April 9, 2012

Boleh x sy tipu untuk melihat org len gembira....?

Ya Allah..entah kenapa hati ini tertanya-tanya kenapa ini terjadi padaku...perlukah aku menyorokkan perasaan aku pada si dia yg sekian lma aku simpan ini dan berlagak seperti aku sudah tiada apa2 padanya...???ya...mmg hati dia telah tertutup untuk menerima aku nmun entah kenapa hati ini tidak pernah serik mncintai dia...tidak sesekali aku ingin merampas dia dri sesiapa pn...bila aku tau hatinya sudah dimiliki aku cuba menjauhkan diri...melihat dirinya dalam kebahagian dari jauh...namun ada ketika aku melihat dia dlm msalah...aku cuba ingin membantu namun kuatkah aku untuk menahan perasaan cinta aku pada dia....aku tidak ingin lagi menyerabutkan diri dia dengan perasaan aku ini..biarlah ia menjadi sejarah...aku cuba memaksa hati ini lupakn dia namun ianya sia2...aku cuba berkata bahawa dia sudah milik org tp aku tetap degil mnyimpan perasaan ini..ketika berbicara dgnnya aku cuba berlagak bhawa aku boleh hidup tanpanya...tapi dlm hati ini aku ingin dia kembali kepadaku...

Ya Allah...boleh x aku menipu hati ini hanya untuk menolong si dia dan melihat kebahagian dia....bolehkah aku terus menipu diri ini agar kuat menghadapi dia...hanya kepadaMu aku berserah...kerna niatku hanya untuk membantu dia...biarkanlah aku kuat utk membantu dia...akan aku sorok dan lindungi hati yg terluka ini semata-mata kerana aku mahu membantunya...dan aku tahu aku boleh melakukannya...walaupun tugas itu berat..seberat memikul amanah pemberian sesiapa...


Friday, April 6, 2012

Ya Allah...lapangkanlah dadaku ini...

Aku memohon kepadaMu yaAllah...Kau titipkanlah rasa sabar yg tinggi dalam diri dan hatiku ini...berikanlah aku kekuatan untuk menanam dan menyemai kebun kesabaran yg telah lama aku cuba pertahankn...entah kenapa hati ini terasa berat untuk bertahan dan bersabar dengan dugaan yg Engkau telah berikan sejak akhir2 ini....kenapa mesti hati ini memikirkan masalah org lain melebihi masalah diriku sendiri....ya, mungkin kerana atas nama diriku ini yg bermaksud cahaya kemurahan hati...namun ada ketika terdetik juga di dalam hati kenapa aku lebih mahu menolong org lain berbanding menolong diri sendiri...?kenapa aku sanggup menyusahkan diri semata-mata melihat org lain tersenyum gembira...?



Diri ini bkn ingin sekali mengungkit dan melawan ketentuanMu yaAllah, tetapi kadang kala aku merasakn aku lebih mementingkan org lain dari diri ini sendiri...aku cuba mencari jawapan dri persoalan ini...adakah ini satu kelebihan bagiku?atau salah satu kelemahanku?adakalanya hati ini puas dan terasa gembira pabila berjaya membantu seseorg...memang benar diri ini tidak pernah memohon balasan dari sesiapa pn..kerna bagiku balasan Allah lebih besar ganjarannya...ada ketikanya hati ini berasa sdih kerna bila org yg kita bantu pergi dan terus diam tanpa kata...diri ini bkn ingin penghargaan yg tinggi atau seumpamanya tapi hanya hubungan tetap terjalin walau susah dan senang...walaupun begitu hati ini tidak akan pernah berhenti membantu sesiapa pn...kerna diri yg terkeliru n suram ini kan sdikit tenang bila senyuman terukir dibibir yg dibantu...

Ya Allah...aku memohon kelapangan dada dan ketenangan hati diriku ini...sebagaimana aku mencuba menyenangkn hati org2 di sekelilingku ini...titipkan rasa sabar yg kuat dalam diri ini...walaupun hati ini dalam kesakitan tp membantu org lain tetap keutamaanku ya Allah...biarlah difikirkan bodoh bg org yg menilaiku...namun aku tetap dengan sikapku yg tetap mementingkn org lain melebihi diri sdiri...kerna aku tau nikmat ganjaranMu di Akhirat nanti lbih besar dri bantuan yg cuba aku berikan kepada mereka...

Monday, April 2, 2012

Warkah buat si dia...

Assalamualaikum...


Maafkn sy kerana terpaksa berbuat sesuatu yg akn menyakitkn hati kamu...sy bt begitu hanya kerana untuk melihat awk bahagia...mmg sy masih cinta dan xboleh lupakan awk tetapi tidak pula sy berniat untuk merosakkan kebahagiaan awk...sblm ini sy menerima sms yg berbaur kemarahan awk..sy mmg tidak tahu ape salah sy..sy tau hati xleh dipaksa untuk mencintai seseorg...kerana itu sy berundur stelah sekian lma mencuba memenangi hati awk...kerana sy tau pilihan awk bt mesti terbaik bg awk...sy hanya redha dan terima smua ini walaupun susah dan pahit...namun tidak sesekali hati ini menyimpan dendam terhadap kamu...tiada sihir atau ape2 cara untuk lukakn kamu....hanya doa yg sentiasa sy titipkn di bibir ini bt kamu...agar kamu sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bahagia...ckup sekadar melihat kebahagiaan kamu dri jauh...hati ini xkn pernah terbuka melainkn untuk Allah dan ibu bapa sy...sy mendapat cerita bahawa awk sdg keliru dgn diri awk...nasihat sy hanya satu, tekadkn pilihan awk...jgn ditoleh kebelakang...kerana setiap terjadi ada sebab dan musababnya...kerana kamu diri ini berubah menjadi lbih baik...dan sy pasti insyaAllah awk akn melaluinya dgn baik dan dpt menyelesaikn maslah awk...doa sy insyaAllah sentiasa mengiringi perjalanan hidup awk...sehingga tubuh ini berhenti nafasnya...yg terpenting..jika ada masalah sentiasalah tersenyum...kerana senyuman itu pengubat dukamu...sekian

yg sentiasa mendoakanmu, 

^_^


Wednesday, March 28, 2012

uhuk2...berhabuk da blog ni..

akhirnya..tibalah masanya mengemaskini blog ini...ada jgk masa akhirnya nk bt entri baru...kalu dlu aku gemar menulis dlm blog ini..tp sejak mempunyai internet dihujung jari makin liat lak nk mengarang cerita baru di sini...bkn ape...tkejar sna tkejar cnie...almaklum la bru bermula sem bru...mcm2 bnda nk kna bt...buka sem baru maka azam pn kna bru la...hehe..insyaAllah...



Alhamdulillah cuti hjung minggu bru2 ini terisi dgn berholiday sakan di cameron highland...walaupun bkn ngn family ngn spupu n adik aku sorg jd la...hehe...udara kt sna nyaman btul...sjuk n mmg tempat terbaik tuk tenangkn fikiran...sempat jgk memetik buah strawberi dan jalan2 kt rose garden...tp syg xsmpat nk jalan2 kt ladang teh...hujan trun dgn lebatnye...insyaAllah kalu ada rezeki mau jgk ke sana kembali...melunaskn hutang xdpt trun ke ladang teh...haha...^_^


Tuesday, March 13, 2012

besarnya nikmatMu Ya Allah...


Alhamdulillah...syukur ke hadratMu Ya Allah atas nikmat pemberianMu...hambaMu ini bersyukur atas nikmat ini...nikmatMu ada di mana2...sentiasa bersamaku...nikmat kesihatan, kemewahan dan kesenangan...jika dibandingkan dgn org len sesungguhnya aku sudah berada dalam kalangan org sederhana...jika dlihat org yg tidak senasib dgnku sesungguhnya besar nikmat pemberian ini...moga2 nkmat2 ini tidak membuatkan aku alpa dan leka di alam dunia ini..insyaAllah...Amin...

Tuesday, March 6, 2012

erm..ape ptut sy buat??

bila satu ketika dtg sesuatu mslah atau cabaran ape yg perlu kita lakukan...selesaikn atau trus menyerah???..bagi sy la...pantang menyerah sblm kalah...namun jika klah kita xperlu kecewa kerana kita sudah berusaha tetapi nsib tidak menyebelahi kita...insyaAllah akn ada kemenangan disebalik kekalahan itu..NEVER GIVE UP.^_^

Tuesday, February 28, 2012

hari yg terbaik!!

aku bersyukur ya Allah...kerana aku dikelilingi oleh ramai kawan dan sahabat yg baik...Alhamdulillah hari ini merupakan hari yg enjoy untuk aku dan kawan baik aku sorg ni...Fikri jumiran...keluar dri pagi sampai ke malam...hehe..arini kitorg lepak di sunway piramid...mcm2 kitorg buat...tgk wayang, men archery, mkn mcd, men bowling, men game arcade n lastly tgk wayang 3D...credit to Fikri Jumiran,my best friend sbb arini hari yg ckup enjoy...u are the best man...insyaAllah ada rezeki kita enjoy lg...hahaha

Monday, February 27, 2012

Alhamdulillah...syukur...

syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi...setelah sekian lma bertungkus lumus dan bersusah payah akhirnya kejayaan menjadi milik UiTM dalam paintball robot competition MURoC 2012....6 bulan persiapan dijalankan untuk mencapai matlamat ini...walaupun dilihat sebagai underdog,kami tetap bersemangat tinggi untuk membuka mata mereka yg memandang rendah kami....Alhamdulillah tahun ini kejuaraan itu milik kami...aku bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada teammates smua yg telah berusaha keras siang malam bergabung tenaga menyiapkan tugasan kita...berkat usaha dan latihan akhirnya ia membuahkan hasil...insyaAllah tahun depan kita akan cuba pertahankn kejuaraan ini...insyaAllah...UiTM go!go!go!

Sunday, February 19, 2012

Sabar2...dan fikirkanlah..^_^


sabarlah wahai hati...berat2...dari hari ke hari aku cuba bersabar...mengharungi hari penuh berliku...insyaAllah satu masa nanti hari yg susah ini akan tenang dan memudahkan bagiku...bak kata pepatah org tua2 la kan,bersusah susah dahulu dan bersenang senanglah kemudian...kalu hendak dibandingkan diri ini dengan kesusahan yg dialami saudara2ku yg berada di bumi Palestin sana memang beribu-ribu kali lebih susah dan mencabar...setiap hari berjuang untuk hidup, makan tidak sekenyang kita, tidur tidak senyenyak kita dan juga hidup tidak semewah kita yg sememangnya berada dalam negara yg penuh aman dan harmoni....setiap kali kali bila terdengar dan melihat penderitaan mereka ini membuatkan hati ini sedikit terdetik betapa tingginya nikmat yg Allah telah berikan kepada aku selama ini....tidak pernah berlapar terlalu lama dan tidur dengan nyenyaknya tanpa gangguan ...masyaAllah...kita yg berada di negara yg aman ini sepatutnya membuka mata dengan luas akan nikmat pemberian Allah ini yg kita tidak tahu bila2 masa sahaja akan ditarik....memang diri ini dalam kesusahan...tapi bila dikenang atau dibandingkan dengan penderitaan mereka ini, aku seharusnya mampu tersenyum dan memarahi diri ini...kerana apa ya???kerana masalahku tidak seberat dan sebesar masalah mereka di sana.....bila hati memikirkan ini semua secara perlahan aku dapat melupakan seketika masalahku ini...mungkin ada satu masa penyelesaiannya akan datang dengan sendirinya...insyaAllah....

Monday, January 23, 2012

Antara sahabat dan kawan...


ya...antara sahabat dan kawan....kalu diikutkn definisinya seakan sama...tapi bagiku sahabat lebih mempunyai makna yg lebih mendalam dari kawan...apa yg aku fikirkn?ermm...kawan mungkin beribu-ribu dapat kita kumpulkn...tapi sahabat yg bagiku didefinisikan sebagai teman yg sentiasa dekat dan rapat dengan kita mmg susah untuk dicari...sahabat yg mana dapat kita berkongsi masa susah dan sedih...tempat berkongsi masalah...dan tidak jemu dan bosan dengan perangai kita yg kadang2 mungkin agak keterlaluan...yg mengerti situasi kita...Alhamdulillah...walaupun sedikit bilangannya berbanding kawan2 yg kita ada kita akn menghargainya selama-lamanya...

ermm...agaknya dapt x kita beroleh sahabat yg seperti yg telah saya gambarkn ini?
bagi saya sahabat ini tidak mustahil dicari...insyaAllah ia sentiasa ada...bagiku aku sentiasa ingin memberikn yg terbaik tuk kawan2ku...bkn niat utk membangga diri apabila dapat menjadi seorg sahabat tetapi utk menjaga diri drpd melukakan hati kawan2 yg mana bagiku kawan2 sudah aku anggap seperti saudaraku sendiri...ketika di waktu susah inginku bantu selagi terdaya kerana bagiku mungkin hari ini hari dia akan susah, hari kita belum tahu lagi kn...

bagiku aku mempunyai byk sahabat yg seperti digambarkn...salah seorgnya merupakan rakan sekelasku di sekolah menengah dahulu...walaupun kami berada jauh tapi ikatan persahabatan tetap terjalin...masalah sama2 dikongsi...penyelesaian sama2 dicari...maafkanku sahabat jika ada ketika tanpa sedar aku menyakiti hati anda2 semua...bkn niat utk menyusahkan...maaf juga jika dulu aku hilang dibuai mimpi yg terlalu tinggi...meninggalkn kalian tanpa disedari...kerana sibuk mengejar cinta yg xpasti...harap2 jalinan persahabatan dapat diperkukuhkn semula menjadi utuh dan semakin kuat...InsyaAllah...

      
 

Friday, January 13, 2012

ubat oh ubat...

Alhamdulillah...final exam akhirnya tamat sudah...walaupun dgn penuh kekecewaan...namun hati ini perlu kuat utk menerima...kerna kita sudah berusaha....hnya tawakal kepada yg Esa...keran tuhan yg menentukan...bila kita fikir perancangan kita sudah terbaik, jangan kita lupa bahawa Allah yg mnentukan sma ada ia menjadi ataupun tidak...

hari ini kena pergi pusat kesihatan utk mengetahui keputusan darah....dengan hati yg bdebar2 aku pergi untuk tahu resultnye...nampaknya aku mungkin terpaksa bergantung kepada ubat buat selamanya...keputusan test darah tu membuatkn hati ini bertambah sedih....bertimpa-timpa dugaan datang...kadang2 diri ini mulai mengeluh dan berputus asa...namun tika perasaan itu mulai datang cepat2 aku lari supaya ia tidak bertambah buruk...macam mna caranya???dengan sujud dan doa kepada Allah s.w.t....kerna ujian Allah itu terselit hikmah yg tersembunyi... Allah ingin menguji diriku...getus hatiku....apa yg perlu aku lakukan sekarang hanya bersabar dan insyaAllah satu hari nanti aku akn berjaya harunginya....


Monday, January 2, 2012

kadang2 kita xsedar...




yup...memang betul...kadang2 kita xsedar ada tindakan kita akn memberi kesan kepada org len...walaupun bg kita, kita langsung x berniat yg sebegitu....niat sy mungkin telah disalah ertikn...sy cuba menolong bukan untuk menerima apa2 pujian atau habuan...sy cma melakukan apa yg boleh untuk membantu saudara seagama n sebangsa sy...memang sifat sy mudah mengasihani org len dri diri sendiri...entah kenapa rasa kepuasan itu dtg bila dapat membantu seseorg walaupun bg sesetengah dari org len memikirkn bt ape nk susahkn dri sdiri nk menolong org len....sbenarnya bagi sy menolong org len sbenarnya dlm diam menolong diri kita sdiri secara tidak sedar...bukan habuan yg sy cari...bkn pujian yg sy minta...bg yg mempunyai rasa atau sikap seperti sy ini mgkin faham ape perasaannya bila dapat membantu seseorg lebih dari diri kita sdiri....ape yg bermain di fikiran hanya keIKHLASan....kerana sy mengharap ganjaran yg lebih besar dri Allah s.w.t....cuba bygkn jika kita tgk ada sebuah keluarga yg sgt2 miskin sehingga terpaksa merempat di tepi kaki lima...jika sy berkemampuan sy akn cuba memberikn tempat tinggal bg mereka kerana Islam mengajar kita membantu golongan yg memerlukan...kerana jika kita mati nanti akn terputuslah amalan kita kecuali tiga iaitu...amal jariah, ilmu yg memberi faedah kepada org lain dan doa anak yg soleh...

sejak kecil lagi sy melihat kesusahan org lain yg tidak bernasib baik dri sy...setiap kali melihat mereka terasa dri ini ingin membantu mereka...mengalir air mata ini melihat kesusahan mereka...tapi kini aku belum mampu untuk menolong mereka...aku pernah berfikir untuk mencri duit banyak2 tuk suatu hari nanti agar dapat utk aku membantu golongan yg kurg bernasib baik ini...memang niat aku untuk berjaya menjadi hartawan suatu hari nanti agar dapat membantu golongan yg tidak berkemampuan ini...bukan untuk meraih undi, bukan untuk gelaran Datuk, Tan Sri...bukan untuk terpampang di muka akhbar...tetapi utk mendapat ganjaran dri Allah dan kepuasan setelah dapat memberikan bantuan....bagiku, aku tidak ingin lg melihat anak bangsa,seagamaku hidup susah lg suatu hari nanti...bkn nama yg aku kejari, bkn kebanggaan yg aku impi tetapi senyuman kepuasan yg aku cari...insyaAllah semoga impian ini dapat dmakbulkn olehMu Ya Allah...^_^


tangan yg meberi lebih baik dari tangan yg menerima...


Sunday, January 1, 2012

Hear it and Learn..

haa...dengar x lagu yg baru sy tukar ni...MAHER ZAIN...InsyaAllah...tahun baru lagu pun msti baru la kan hehe...
bukan ape...sbenarnya lagu ni la membuatkan hati ini tenang bila aku mengalami masalah...liriknya penuh makna...mendekatkan kita kepada Allah...setiap kali kita bermasalah fikirkan Allah...coz Allah is always by your side...memang betul...kalu kita mengingati Allah, Allah tidak akan melupakan kita...

Setiap kejadian yg berlaku ada hikmahnya...seperti apa yg berlaku kepadaku...bagiku jangan kita terus berfikir negatif ketika musibah menimpa tetapi fikirkanlah ape yg menyebabkn kita mendapat musibah itu..mungkinkah kerana kelalaian kita atau kelekaan kita kepada Allah... Allah tahu ape yg terbaik utk hamba2Nya...setiap kejadian yg berlaku sbenarnya utk kita membuka mata kita agar sedar kesilapan kita...kita harus malu sebenarnya kalu kita terus menilainya sebagai sesuatu yg buruk dan tidak adil bagi kita kerana setiap kejadian tersembunyinya hikmah yg besar yg mungkin tidak kita sedari dalam masa yg singkat...

Think Allah n Allah will always by your side...^_^