Selamat Datang..Welcome

widgets

Sunday, April 15, 2012

Bersediakah aku?Mampukah aku?

malam semalam hati ini tertarik untuk melihat rancangan di Asrto OASIS...liga ilmu..perdebatan di antara imam muda dan ustazah pilihan...alhamdulillah tajuknya ckup menarik perhatianku...memimpin kuasa mutlak lelaki?namun di sini bkn huraian mengenai perdebatan itu yg ingin aku kongsikn..

Entah kenapa hati ini tetrtarik apabila mendengar perumpamaan yg disebutkn di dalam liga ilmu itu bahawa lelaki itu umpama nasi lemak mnakala perempuan itu umpama sambal bagi nasi lemak itu...yg mana mksudnya wanita melengkapi kekurangan lelaki...jika kita lihat apa gunanya nasi lemak tanpa sambalnya kn?pasti tidak sedap dimkn nasi ksong shaja...inilah yg dikatakn melengkapi antara satu sma lain...

Kaum lelaki telah ditakdirkan dan dipilih oleh Allah untuk memimpin...tapi timbul persoalan di hati ini...mampukah aku menjadi seorg pemimpin?layakkah aku menjadi pemimpin?pemimpin ini berat amanahnya...jika kita tidak menjadi pemimpin negara,sekurang2nya satu hari nanti kita akn menjadi pemimpin bg sebuah keluarga...bila timbul di hati hendak berkahwin sepatutnya kita fikir di hati ini..sudahkah aku bsedia untuk memimpin?teringat kata2 seorg ustazah pilihan dlm rncangan semalam yg menyatakn bahawa persiapkan diri dahulu sebelum ingin memimpin...di sini dapat aku tafsirkn betapa beratnya tugas memimpin itu kerana andai rosaknya sebuah kepimpinan itu maka rosaklah seluruh org yg dipimpinnya itu....

MasyaAllah...sesungguhnya berat juga tanggungjawab itu...jika seorg suami tidak dapat memimpin isterinya, seorg ayah tidak dapat memimpin anak2nya...maka kita dapat lihat satu hari nnti keluarga itu akn musnah dan rosak sepenuhnya...beratnya tugas kita wahai kaum lelaki...

Dulu diri ini sentiasa berfikir di kala ketika mempunyai seorg teman...terdetik hati ini setiap masa dan ketika bertanya, mampukah aku memimpin si dia...diri ini cuba berubah dan membaiki kesilapan diri...namun atas ketentuan Allah aku ditunjukkan bahawa diri ini belum layak untuk memimpin sesiapa pun...banyak yg perlu aku lakukan lagi..diri ini perlu diperbaiki lagi...kerana jika satu hari nanti tiba masanya buatku memimpin sebuah keluarga insyaAllah aku akn berjaya...di hati ini tersemat kata bahawa jika aku belum mampu memimpin diri sendiri maka aku belum mampu untuk memimpin org len...andai aku berkeras juga maka mungkin aku akn menjadi pemimpin yg gagal dan zalim......insyaAllah..dengan izinMu yaAllah...aku akn membaiki kesilapan diri dan mendekatiMu yaAllah...sebelum aku mencari wanita yg melengkapi diriku ini...

Di benak fikiranku, jika pemikiran ini ada di setiap hati seorg lelaki maka tiadanya timbul isu pencerairan yg sgt ketara pada hari ini...Mampukah aku??

Monday, April 9, 2012

Boleh x sy tipu untuk melihat org len gembira....?

Ya Allah..entah kenapa hati ini tertanya-tanya kenapa ini terjadi padaku...perlukah aku menyorokkan perasaan aku pada si dia yg sekian lma aku simpan ini dan berlagak seperti aku sudah tiada apa2 padanya...???ya...mmg hati dia telah tertutup untuk menerima aku nmun entah kenapa hati ini tidak pernah serik mncintai dia...tidak sesekali aku ingin merampas dia dri sesiapa pn...bila aku tau hatinya sudah dimiliki aku cuba menjauhkan diri...melihat dirinya dalam kebahagian dari jauh...namun ada ketika aku melihat dia dlm msalah...aku cuba ingin membantu namun kuatkah aku untuk menahan perasaan cinta aku pada dia....aku tidak ingin lagi menyerabutkan diri dia dengan perasaan aku ini..biarlah ia menjadi sejarah...aku cuba memaksa hati ini lupakn dia namun ianya sia2...aku cuba berkata bahawa dia sudah milik org tp aku tetap degil mnyimpan perasaan ini..ketika berbicara dgnnya aku cuba berlagak bhawa aku boleh hidup tanpanya...tapi dlm hati ini aku ingin dia kembali kepadaku...

Ya Allah...boleh x aku menipu hati ini hanya untuk menolong si dia dan melihat kebahagian dia....bolehkah aku terus menipu diri ini agar kuat menghadapi dia...hanya kepadaMu aku berserah...kerna niatku hanya untuk membantu dia...biarkanlah aku kuat utk membantu dia...akan aku sorok dan lindungi hati yg terluka ini semata-mata kerana aku mahu membantunya...dan aku tahu aku boleh melakukannya...walaupun tugas itu berat..seberat memikul amanah pemberian sesiapa...


Friday, April 6, 2012

Ya Allah...lapangkanlah dadaku ini...

Aku memohon kepadaMu yaAllah...Kau titipkanlah rasa sabar yg tinggi dalam diri dan hatiku ini...berikanlah aku kekuatan untuk menanam dan menyemai kebun kesabaran yg telah lama aku cuba pertahankn...entah kenapa hati ini terasa berat untuk bertahan dan bersabar dengan dugaan yg Engkau telah berikan sejak akhir2 ini....kenapa mesti hati ini memikirkan masalah org lain melebihi masalah diriku sendiri....ya, mungkin kerana atas nama diriku ini yg bermaksud cahaya kemurahan hati...namun ada ketika terdetik juga di dalam hati kenapa aku lebih mahu menolong org lain berbanding menolong diri sendiri...?kenapa aku sanggup menyusahkan diri semata-mata melihat org lain tersenyum gembira...?



Diri ini bkn ingin sekali mengungkit dan melawan ketentuanMu yaAllah, tetapi kadang kala aku merasakn aku lebih mementingkan org lain dari diri ini sendiri...aku cuba mencari jawapan dri persoalan ini...adakah ini satu kelebihan bagiku?atau salah satu kelemahanku?adakalanya hati ini puas dan terasa gembira pabila berjaya membantu seseorg...memang benar diri ini tidak pernah memohon balasan dari sesiapa pn..kerna bagiku balasan Allah lebih besar ganjarannya...ada ketikanya hati ini berasa sdih kerna bila org yg kita bantu pergi dan terus diam tanpa kata...diri ini bkn ingin penghargaan yg tinggi atau seumpamanya tapi hanya hubungan tetap terjalin walau susah dan senang...walaupun begitu hati ini tidak akan pernah berhenti membantu sesiapa pn...kerna diri yg terkeliru n suram ini kan sdikit tenang bila senyuman terukir dibibir yg dibantu...

Ya Allah...aku memohon kelapangan dada dan ketenangan hati diriku ini...sebagaimana aku mencuba menyenangkn hati org2 di sekelilingku ini...titipkan rasa sabar yg kuat dalam diri ini...walaupun hati ini dalam kesakitan tp membantu org lain tetap keutamaanku ya Allah...biarlah difikirkan bodoh bg org yg menilaiku...namun aku tetap dengan sikapku yg tetap mementingkn org lain melebihi diri sdiri...kerna aku tau nikmat ganjaranMu di Akhirat nanti lbih besar dri bantuan yg cuba aku berikan kepada mereka...

Monday, April 2, 2012

Warkah buat si dia...

Assalamualaikum...


Maafkn sy kerana terpaksa berbuat sesuatu yg akn menyakitkn hati kamu...sy bt begitu hanya kerana untuk melihat awk bahagia...mmg sy masih cinta dan xboleh lupakan awk tetapi tidak pula sy berniat untuk merosakkan kebahagiaan awk...sblm ini sy menerima sms yg berbaur kemarahan awk..sy mmg tidak tahu ape salah sy..sy tau hati xleh dipaksa untuk mencintai seseorg...kerana itu sy berundur stelah sekian lma mencuba memenangi hati awk...kerana sy tau pilihan awk bt mesti terbaik bg awk...sy hanya redha dan terima smua ini walaupun susah dan pahit...namun tidak sesekali hati ini menyimpan dendam terhadap kamu...tiada sihir atau ape2 cara untuk lukakn kamu....hanya doa yg sentiasa sy titipkn di bibir ini bt kamu...agar kamu sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bahagia...ckup sekadar melihat kebahagiaan kamu dri jauh...hati ini xkn pernah terbuka melainkn untuk Allah dan ibu bapa sy...sy mendapat cerita bahawa awk sdg keliru dgn diri awk...nasihat sy hanya satu, tekadkn pilihan awk...jgn ditoleh kebelakang...kerana setiap terjadi ada sebab dan musababnya...kerana kamu diri ini berubah menjadi lbih baik...dan sy pasti insyaAllah awk akn melaluinya dgn baik dan dpt menyelesaikn maslah awk...doa sy insyaAllah sentiasa mengiringi perjalanan hidup awk...sehingga tubuh ini berhenti nafasnya...yg terpenting..jika ada masalah sentiasalah tersenyum...kerana senyuman itu pengubat dukamu...sekian

yg sentiasa mendoakanmu, 

^_^